Bahaya Terkena Buah Kelapa Jatuh

Gambar ini diambil semasa Krismas 2014 di hadapan sekolah SRK Morek. Apa yang mahu diketengahkan di sini ialah buah pokok kelapa di atas jalan ini banyak, tua dan boleh jatuh bila-bila masa. Orang selalu lalu di sini tanpa menyedari bahaya buah kelapa tua yang mungkin boleh jatuh pada bila-bila masa.
Diharapkan pihak pentadbiran kampung dan pihak sekolah dapat berbuat sesuatu tentang keadaan ini supaya tidak membahayakan orang yang lalu di bawah pokok kelapa ini.
Jambatan Kayu Sungai Lian Yang Rosak

Gambar ini diambil pada Hari Krismas 2014. Jambatan kayu yang menyeberangi Sungai Lian ini sudah tidak berapa selamat digunakan. Lihatlah rupa jambatan ini. Kenderaan berat tidak dapat melalui jambatan ini. Adapun, cuma motorsikal sahaja kenderaan paling berat dapat melalui jambatan ini. Diharap pihak pentadbiran kampung dapat melihat masalah ini.
Diharapkan juga sekiranya membina semula jambatan baru di sini, pastikan jambatan yang dibina sebolehnya mampu menampung berat kenderaan yang berat sehingga 10 tan. Ini bagi membolehkan kenderaan pacuan empat roda dan lori yang mungkin membawa barang dapat melalui jambatan ini.
Jambatan yang teguh dan baik biasanya dibuat dari konkrit dan besi. Pertimbangkanlah bahan seperti ini di dalam pembinaan jambatan supaya selamat, kuat dan utuh.
Kalau jambatan yang baik dibina di sini, kita semua yang mendapat manfaat dari kemudahan ini.

1 KM Jalan Belakang Gereja Tidak Diturapi Batu

Perjalanan balik dalam bulan Disember 2014 untuk menyambut Hari Krismas dan Tahun Baru semakin mudah dengan adanya jaringan jalan raya bertar dari Bandaraya Miri ke Pekan Lapok dan seterusnya ke Kampung Long Banyok.
Walaupun dari simpang jalan besar menuju ke Kampung Long Banyok cuma 12 KM, namun jalannya yang masih belum diturapi dengan batu dan belumpur selepas hujan membuat perjalanan agak perlahan dan berbahaya, Keadaan ini lebih lagi berbahaya bagi kenderaan bukan pacuan empat roda dan apabila jalan basah dan licin selepas hujan. Faham-fahamlah, kalau hujung tahun memang selalu hujan dan menyebabkan jalan raya dan masih belum diturapi dengan batu ini menjadi licin. Ada banyak kejadian sebelum ini banyak kereta yang tergelincir di jalan yang licin ini, yang mana sebagai langkah akhir terpaksa ditarik.
Dikira secara anggaran, hanya 1 KM terakhir di belakang gereja ini sahaja yang belum diturapi batu.
Diharapkan pihak pentadbiran kampung dapat berbuat sesuatu tentang masalah ini. Kalau jalan ini baik dan selamat, kita semua yang mendapat manfaat juga dan menggalakkan penduduk selalu balik ke kampung.
"Kejaie Bain Banyi" Program
"Kejaie Bain Banyi". Inilah tema sambutan Hari Krismas pada Tahun 2013.
 
Suasana balik kampong menyambut Hari Krismas Tahun 2013 sangat meriah jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Pada pandangan saya, kali ini satu lagi rekod tercipta dengan kehadiran penuduk kampong kita yang balik bercuti ke kampong. Dengan keadaan jalan raya menuju ke kampong dari Miri yang semakin baik, tiada alasan untuk tidak hadir ke kampong di masa ini. Seperti amalan kita selama ini, Hari Krismas ialah hari yang sangat bermakna bagi kita kaum Ngurik di Long Banyok. Tiada hari yang lebih bermakna dari ini bagi kaum kita.
 
Yang jelas, gereja kita yang merupakan antara gereja kampong yang terbesar di Baram sekali lagi tidak dapat menampung kehadiran penduduk kampong yang balik bercuti. Ketika sembahyang Missa Krismas pada pagi 25 Disember 2013 itu, ada yang terpaksa berdiri di luar kerana gereja sudah penuh. Ini belum dikira mereka yang tidak dapat hadir pada pagi itu kerana sudah mula 'ngabang' pada sebelah malamnya lalu tidak dapat hadir sembahyang missa. Kapasiti gereja kita ialah sekitar 800 orang. Ini bermakna kehadiran pada hari itu melebihi angka ini.
 

Di samping itu, program yang dianjurkan oleh AJKK Hari Krismas juga sangat menarik. Merekalah yang banyak membantu menghidupkan suasana yang meriah di sepanjang Hari Krismas ini dengan pelbagai aktiviti yang menarik dari aktiviti sukan sehingga ke tarian tradisional dan bermacam-macam lagi. Dari pagi sampai ke tengah malam, aktiviti mereka sentiasa mendapat tempat. Malah di dalam hujan pun, mereka masih terus menghiburkan semua yang hadir di kampung. Pujian patut diberikan kepada pihak AJKK ini yang bekerja dengan bersungguh-sungguh dari awal sehingga akhir.

Harapnya program seperti ini dapat diteruskan di masa-masa yang akan datang dan semua yang balik ke kampong akan terus menyokong aktiviti kampong tidak kira siapa penganjurnya. Yang penting, Long Banyok itu ialah kampong halaman kita. Baik dan buruknya kampong kita, kita tetap sokong,

Ngurik boleh, Long Banyok boleh!

Semoga Tuhan memberkati kita di Tahun 2014 dan Selamat Tahun Baru kepada semua.

Sekian.

Blog Author.
Road Transport Operators to Our Kampung Long Banyok
They have made the trip to our kampong from Miri as convenience as possible with the existing of these people. They are the transport operators and travel with 4X4 WD off road vehicle to our kampong with RM60 per head for single trip.

1. Hamilton Ului (012-8095879 / 014-8925790)
2. Inet Lawing (010-5155535 / 016-5227157)
3. Colt Bilong (019-4688434 / 010-9693801)
4. Andy (010-5281007)
5. Mathew Bit (019-8445003 / 010-5326311)

Hope this list helps for those who want to travel to our kampung. If you know other person other than published here, please let us know so that we can upadate this information.

Regards,

Blog Author.
  • :: Time

    :: Counter

    free counters

    :: Sarawak's Diverse Population

    :: Sarawak's Diverse Population
    In 8% population of Orang Ulu in Sarawak, Murik is still minority among them. Data reported in 2006.

    :: Blog Followers

  • :: OUR MISSION

    "Penju Piah Pa'en" - "together we progress"

    "Penju Piah Pa'en" - a theme that inspires and motivates all anak Muriks to a progressive, equality, aim high, unity and solidarity.

    Officially kicked-off on 23 December 2008.



    :: OPPORTUNITY

    We have a beautiful longhouse in the Baram area. This has been said by the visiting ministers and VIPs to our longhouse.
    Our longhouse is located at a strategic location in the Baram area and accesible by road and river.

    You will find a fantastic journey heading to our kampung by cruising the river and passing through the thick jungle.
    Our people welcome everyone to our longhouse and you will find it as a good place to experience the rural life. With the hospitality of our people, we hope it is the first step to foster a good relationship with whoever coming to our kampung.

    Taking 3-4 hours by river and land transport from Miri, it is a memorable journey especially for the first timer.
    This message is also addressed to any interested party or travel agent out there who wish to collaborate with our kampung and develop it for home stay program or any tourist facility.

    Please contact us at morekunited@yahoo.com for details.

    Thank you.
    From Authors
    On behalf of anak Muriks Long Banyok.





    :: ANTONYM

    "Long Banyok" vs
    "Lulo Banyok"

    In the Baram area, our longhouse is commonly called as "Long Banyok" instead of "Lulo Banyok".

    However, there is a debate whether we should call our longhouse with "Long Banyok" or "Lulo Banyok". In our language "long" means "muara" and "lulo" means "tanjung", compared with the Malay language.

    Because our kampung is residing at "tanjung", it should be called as "Lulo Banyok" instead of "Long Banyok". In our longhouse, our old folks still call our kampung as "Lulo Banyok" because they know it resides at "tanjung".
    However, for many other kampungs located along the Baram river, they reside at the "long" of the streams and because of that reason, their kampungs are named after that. In this case, it carries the correct name.

    As these two words do not make any significant impact to us, we still accept whether our kampung is called "Long Banyok" or "Lulo Banyok".

    We believe this misinterpretation arose because of a strong likeness of these two words and our norm who used to live side-by-side with other Kenyah and Kayan group in the Baram area and have many in common including our words.




    :: ABOUT US

    1. "Murik" This term had been used referring to our group by Charles Hose in his books during his residency in Claude Town (now Marudi) in 1890s.

    2. "Ngurek" This term had been used by Philip Ngau Jalong in the Sarawak Museum Journal in 1980s depicting our origin from East Kalimantan and later migrating to Long Banyok in the Baram area. Re-used in officiating the new constructed kampung on 25 July 2009.

    3. "Ngurik" This term had been used by Jeffry Jalong in his book "Sape" and "Kalong" when referring to our group.

    4. "Morek" This term had been used by the present Sarawak Government and official documents referring to the primary school in our kampung known as SK Morek.

    Regardless we are called as "Murik", "Ngurek", "Ngurik" or "Morek", these terms refer to the same group. The error arose in registering our name was believed influenced by the accent (pronunciation) of our old folks and the wrong translation made by the party recording our group.