"Kejaie Bain Banyi". Inilah tema sambutan Hari Krismas pada Tahun 2013.
Suasana balik kampong menyambut Hari Krismas Tahun 2013 sangat meriah jika dibandingkan dengan tahun-tahun yang sebelumnya. Pada pandangan saya, kali ini satu lagi rekod tercipta dengan kehadiran penuduk kampong kita yang balik bercuti ke kampong. Dengan keadaan jalan raya menuju ke kampong dari Miri yang semakin baik, tiada alasan untuk tidak hadir ke kampong di masa ini. Seperti amalan kita selama ini, Hari Krismas ialah hari yang sangat bermakna bagi kita kaum Ngurik di Long Banyok. Tiada hari yang lebih bermakna dari ini bagi kaum kita.
Yang jelas, gereja kita yang merupakan antara gereja kampong yang terbesar di Baram sekali lagi tidak dapat menampung kehadiran penduduk kampong yang balik bercuti. Ketika sembahyang Missa Krismas pada pagi 25 Disember 2013 itu, ada yang terpaksa berdiri di luar kerana gereja sudah penuh. Ini belum dikira mereka yang tidak dapat hadir pada pagi itu kerana sudah mula 'ngabang' pada sebelah malamnya lalu tidak dapat hadir sembahyang missa. Kapasiti gereja kita ialah sekitar 800 orang. Ini bermakna kehadiran pada hari itu melebihi angka ini.
Di samping itu, program yang dianjurkan oleh AJKK Hari Krismas juga sangat menarik. Merekalah yang banyak membantu menghidupkan suasana yang meriah di sepanjang Hari Krismas ini dengan pelbagai aktiviti yang menarik dari aktiviti sukan sehingga ke tarian tradisional dan bermacam-macam lagi. Dari pagi sampai ke tengah malam, aktiviti mereka sentiasa mendapat tempat. Malah di dalam hujan pun, mereka masih terus menghiburkan semua yang hadir di kampung. Pujian patut diberikan kepada pihak AJKK ini yang bekerja dengan bersungguh-sungguh dari awal sehingga akhir.
Harapnya program seperti ini dapat diteruskan di masa-masa yang akan datang dan semua yang balik ke kampong akan terus menyokong aktiviti kampong tidak kira siapa penganjurnya. Yang penting, Long Banyok itu ialah kampong halaman kita. Baik dan buruknya kampong kita, kita tetap sokong,
Ngurik boleh, Long Banyok boleh!
Semoga Tuhan memberkati kita di Tahun 2014 dan Selamat Tahun Baru kepada semua.
Sekian.
Blog Author.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Put more pictures :)